TERKINI
Logo

Kedudukan Daya Saing

 

Kerajaan Malaysia terus memastikan bahawa negara ini kekal sebagai destinasi perniagaan yang menarik untuk pelaburan. Dalam hasrat untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020, kita menggandakan usaha untuk menarik pelaburan dan memacu produktiviti dan inovasi melalui pembaharuan politik, ekonomi dan peraturan. Usaha-usaha ini telah mendapat pengiktirafan di seluruh dunia melalui kedudukan yang lebih baik dalam laporan oleh pelbagai institusi antarabangsa.


Laporan Daya Saing Global (The Global Competitiveness Report)

Laporan Daya Saing Global 2016-2017, terbitan Forum Ekonomi Dunia yang berpangkalan di Switzerland, meletakkan Malaysia di kedudukan ke-25 daripada 138 negara. Dengan kedudukan ini, negara kekal berada dalam kalangan 20 peratus negara teratas paling berdaya saing, dan berada di kedudukan paling tinggi di kalangan negara-negara membangun di Asia.


Lihat Laporan

Laporan Menjalankan Perniagaan Bank Dunia

Dalam Laporan Menjalankan Perniagaan 2017 yang diterbitkan oleh Bank Dunia, Malaysia berada di kedudukan ke-23 di seluruh dunia bagi kecekapan menjalankan aktiviti perniagaan, mengatasi negara-negara maju seperti Perancis (ke-29), Switzerland (ke-31) dan Jepun (ke-34). Malaysia juga menduduki tempat kedua di ASEAN dalam laporan tersebut selepas Singapura dan ketujuh di Asia Pasifik selepas New Zealand, Singapura, Hong Kong, Korea Selatan, Taiwan dan Australia.

View Report

World Competitiveness Yearbook

Malaysia kekal dalam lingkungan 20 negara paling berdaya saing dalam World Competitiveness Yearbook 2016 ( WCY) yang diterbitkan oleh Institute for Management Development (IMD), Lausanne, Switzerland. Malaysia berada di kedudukan ke-19, mendahului Finland (ke-20), Israel (ke-21), Belgium (ke-22), Iceland (ke-23), Austria (ke-24 ), China (ke-25), Jepun (ke-26), Republik Czech (ke-27), Thailand (ke-28) dan Korea Selatan (ke-29). Di rantau Asia Pasifik, Malaysia berada di kedudukan ke-6 daripada 14 negara. Kedudukan ini adalah berdasarkan empat faktor utama iaitu prestasi ekonomi; kecekapan kerajaan; kecekapan perniagaan dan infrastruktur.


Lihat Laporan

Sebelumnya

Kualiti Kehidupan

Persekitaran Perniagaan Cergas

Tarikh Dikemaskini : Isnin 21 Mei 2018