Logo

Cititel

Cititel Express Kota Kinabalu dimiliki oleh Lagenda Sutera (M) Sdn Bhd, 100% syarikat milik IGB Corporation Berhad ( "IGB"), sebuah hotel tiga bintang yang dibangunkan di bawah jenama Cititel Express. Ia adalah pembangunan hotel IGB pertama di Sabah, Malaysia Timur dan kos pembinaan hotel adalah berjumlah sekitar RM35 juta. Pembinaan hotel mengambil masa dua tahun untuk disiapkan dan dibuka untuk perniagaan pada Ogos 2009. Hotel ini kini mempunyai lebih daripada 60 pekerja dan kebanyakan mereka adalah kakitangan tempatan.

Kami telah berunding dengan bahagian terdahulu yang dikenali sebagai Bahagian Perkhidmatan dan Lain-Lain Perniagaan untuk mendapatkan nasihat mengenai jenis insentif yang ada dan kami sesungguhnya menghargai bantuan dan nasihat yang telah diberikan yang telah memudahkan kami dalam membuat keputusan untuk memohon insentif tersebut. Kami memohon kepada MIDA untuk mendapatkan Elaun Cukai Pelaburan semasa pembinaan hotel dan ia telah diluluskan pada Mac 2011. Bantuan yang diberikan oleh kakitangan yang sangat profesional, ramah dan membantu, termasuk penyediaan rundingan percuma berhubung jenis insentif, kelayakan dan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan. Mereka sentiasa bersedia untuk membantu dan menggalakkan pelaburan untuk manfaat negara dengan memberi galakan dan nasihat untuk pelaburan selanjutnya.

Kami akan terus berunding dengan mereka untuk pelaburan di masa depan sama ada pembinaan hotel baharu atau pengubahsuaian hotel sedia ada dan kami bersedia untuk terus melabur dalam pembangunan hotel, terutama hotel di bawah jenama Cititel dan St Giles di Malaysia dengan adanya insentif tersebut. Kami mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan atas bantuan dan panduan yang diberikan oleh kakitangan MIDA kepada kami.

Seterusnya

Carotech Bhd

China Shipping Group Company

Tarikh Dikemaskini : Rabu 19 September 2018