Logo

Kerjaya

PELUANG KERJAYA

Di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia

Adakah anda seorang professional berbakat yang ingin membina kerjaya disebuah organisasi yang memainkan peranan penting dalam mentransformasikan Malaysia kepada sebuah Negara berpendapatan tinggi? Diiktiraf diperingkat antarabangsa sebagai agensi penggalakan pelaburan yang cekap, MIDA merupakan instrument untuk mencapai transformasi ekonomi Negara. Bagi mencapai matlamat tersebut, MIDA menggalakkan pelaburan asing dan tempatan di dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan serta memudahkan pelabur melaksanakan projek. MIDA juga membantu pelabur dengan menyediakan maklumat mengenai peluang-peluang pelaburan dan pencarian rakan usahasama. Cabaran bagi MIDA bukanlah semata-mata untuk mendapatkan syarikat melabur di Malaysia, tetapi mengenalpasti pelabur yang berpotensi untuk melabur dalam industri berteknologi tinggi, mempunyai nilai ditambah yang tinggi, berintensifkan kemahiran dan berasaskan pengetahuan.

Dengan rangkaian 24 buah pejabat di luar Negara dan 12 buah pejabat di seluruh Malaysia, anggota MIDA terdiri dari pelbagai individu yang berpengalaman, berkemahiran dan berbakat dari pelbagai perspektif. Kami memberi peluang kepada warga MIDA menggunakan kemahiran dan memanfaatkan potensi mereka. Matlamat kami adalah untuk mewujudkan persekitaran yang boleh menggalakkan komitmen kepada perkhidmatan dan kualiti kepada pihak-pihak berkepentingan.

Di MIDA, kami menghargai idea, pengalaman dan sumbangan warganya dan mengiktiraf bahawa mereka adalah kunci bagi meneruskan kejayaan organisasi. Justeru itu, kami menyediakan pakej yang setimpal menerusi program-program ganjaran yang menarik dan peluang kemajuan kerjaya.


GANJARAN DAN FAEDAH

  • IMBUHAN YANG KOMPETITIF

Skim gaji dan elaun yang menarik

  • PENGIKTIRAFAN DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN

Kemajuan kerjaya, kenaikan gaji tahunan dan bonus

  • LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

Cuti belajar, latihan sambil kerja, program pembangunan kepimpinan

  • KEMUDAHAN

Pembiayaan perubatan, pinjaman perumahan dan komputer, taska

Sekiranya anda seorang yang rajin berusaha, bersikap positif dan bersedia untuk menghadapi cabaran yang lebih besar didalam kerjaya anda, maka ini adalah peluang dan masa yang sesuai untuk anda menyertai MIDA.

Sila layari www.mida.gov.my untuk maklumat lanjut dan membuat permohonan. Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara online. Sila hantar butiran peribadi anda (resume) melalui ejawatan@mida.gov.my


E- Recruitment

Mohon Sekarang

Sebelumnya

Perolehan

Pusat Sumber

Seterusnya

Hubung Kami

Ruang Pejabat untuk Disewa

Tarikh Dikemaskini : Jumaat 24 Februari 2017