Logo

Perihal MIDA

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) adalah merupakan agensi utama kerajaan dalam menggalak dan menyelaras pembangunan perindustrian di Malaysia dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan di Malaysia.

Visi

Menjadi rakan kongsi terbaik kepada pelabur melalui integriti dan profesionalisme warganya

Diperbadankan sebagai sebuah badan berkanun di bawah Akta Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), penubuhan MIDA pada tahun 1967 telah dijulang oleh Bank Dunia sebagai "pendorong yang diperlukan bagi tindakan penggalakan yang bertujuan, positif dan terselaras" yang diperlukan dalam pembangunan perindustrian Malaysia. Hari ini, MIDA adalah agen Malaysia yang dinamik, canggih dan merupakan perintis dalam membuka sempadan baru di seluruh dunia.


MIDA membantu syarikat-syarikat yang berhasrat untuk melabur dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan, serta memudahkan pelaksanaan projek-projek mereka. Pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh MIDA termasuk menyediakan maklumat mengenai peluang pelaburan, dan memudahkan syarikat-syarikat luar dalam mencari rakan usahasama.

Misi

Untuk memastikan Malaysia mencapai matlamat negara dalam transformasi ekonomi dan aspirasi negara maju menjelang tahun 2020

Untuk meningkatkan lagi peranan MIDA dalam membantu pelabur, wakil kanan dari agensi-agensi penting Kerajaan ditempatkan di ibu pejabat MIDA di Kuala Lumpur untuk membantu para pelabur mengenai dasar-dasar dan prosedur kerajaan. Ini termasuk pegawai dari Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Imigresen, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Tenaga Nasional Berhad dan Telekom Malaysia Berhad.

MIDA juga menilai permohonan berikut bagi projek-projek dalam sektor perkilangan dan sektor perkhidmatan berkaitan:

  • Lesen pengilang
  • Insentif cukai
  • Jawatan pegawai dagang
  • Pengecualian duti ke atas bahan mentah dan komponen
  • Pengecualian duti ke atas mesin dan peralatan bagi sektor pertanian dan sektor perkhidmatan terpilih

Dengan pelaksanaan mekanisme pengisytiharan diri untuk pemberian duti import dan / atau cukai jualan ke atas mesin, peralatan, alat ganti, bahan gunahabis, prime mover, dan container trailer bagi pengilang di Kawasan Utama Kastam, syarikat pengusaha hotel dan pengusaha haulage, yang bermula pada 2 Mei 2014, MIDA juga bertanggungjawab untuk mengeluarkan Surat Pengesahan berhubung status pemohon, sebelum pemohon mendapat kebenaran daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk menuntut pengecualian.

Pelabur digalakkan untuk berbincang dengan pegawai MIDA di ibu pejabat MIDA di Kuala Lumpur atau di pejabat-pejabat di luar negara atau negeri yang berdekatan tentang projek pelaburan mereka. Maklumat mengenai cara melabur juga boleh diperolehi daripada maklumat  panduan pelabur yang dipaparkan dalam laman web ini. Pelabur juga dipelawa untuk mengunjungi Pusat Maklumat Perniagaan (BIC) kami, di mana penerbitan berkaitan pelaburan, perdagangan, pembiayaan, produktiviti yang berkaitan dengan sektor perkilangan dan perkhidmatan tersedia.


...

Pusat Maklumat Perniagaan terletak di :

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)

Aras 2, MIDA Sentral
No.5, Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel: 603 2267 3633 / 2263 2555 / 2263 2549
Faks: 603 2274 7970
Emel : investmalaysia@mida.gov.my
Laman Web : www.mida.gov.my
Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat - 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tarikh Dikemaskini : Jumaat 17 November 2017