Date: Sunday 20-Apr-14


Print this page Print this page Decrease Font Size Increase Font Size

Perbankan, Kewangan dan Pentadbiran Pertukaran Wang Asing

Sistem Perbankan di Malaysia

1. Sistem Perbankan Di Malaysia

Sistem perbankan, yang terdiri daripada bank-bank perdagangan, bank-bank saudagar dan syarikat-syarikat kewangan, adalah penggerak utama bagi mengumpul dana-dana dan sumber kewangan penting yang menyokong aktiviti-aktiviti ekonomi di Malaysia.  Pengantara-pengantara kewangan bukan bank, yang terdiri daripada institusi-institusi kewangan pembangunan, kumpulan-kumpulan wang simpanan dan pencen, syarikat-syarikat insurans dan pengendali-pengendali takaful, melengkap institusi-institusi perbankan mengumpul simpanan-simpanan bagi memenuhi keperluan kewangan ekonomi.

1.1 Bank Pusat

Bank Negara Malaysia, yang merupakan Bank Pusat Malaysia, berada di puncak struktur monetari dan kewangan negara.  Objektif utama Bank itu adalah untuk menggalakkan kestabilan monetari dan kestabilan kewangan yang kondusif untuk pertumbuhan mampan ekonomi Malaysia.  Fungsi-fungsi utama Bank tersebut seperti yang termaktub di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009 yang baru dikanunkan adalah untuk:

membentuk dan melaksanakan dasar monetari di Malaysia;
mengeluarkan matawang di Malaysia;
mengawal selia dan mengawas institusi-institusi kewangan yang tertakluk kepada undang-undang yang dikuatkuasa oleh Bank berkenaan;
menyediakan pengawasan ke atas pasaran-pasaran wang dan pertukaran asing;
melaksanakan pengawasan ke atas sistem-sistem penjelasan pembayaran;
menggalakkan sebuah sistem kewangan yang teguh, progresif dan tergolong;
memegang dan mengurus rizab asing Malaysia;
menggalakkan sebuah rejim kadar pertukaran yang selaras dengan asas-asas ekonomi; dan
bertindak sebagai penasihat kewangan, jurubank dan agen kewangan Kerajaan.

Bagi mencapai mandat itu, Bank Negara diberi kuasa di bawah pelbagai undang-undang untuk mengawal selia dan menyelia institusi-institusi perbankan dan pengantara-pengantara kewangan bukan bank yang lain.  Bank itu juga mentadbir peraturan-peraturan pertukaran asing negara.

1.2 Institusi Kewangan

Jadual berikut menunjukkan secara imbas bilangan institusi kewangan setakat hujung November 2009:

Jumlah

Institusi kawalan Malaysia

Institusi kawalan Asing

Bank Perdagangan

25

8

17

Bank Islam 16 10 6
Bank Islam Antarabangsa 5 - 5

Bank Pelaburan

15

15

-

Syarikat Insurans

36

19

17

Syarikat Insurans Islam (Pengendali Takaful)

12

9

3

Pengendali Takaful Antarabangsa

1

-

1

Syarikat Insurans Semula

7

3

4

Syarikat Insurans Semula Islam (Pengendali Takaful Semula)

4

1

3

Institusi kewangan pembangunan

6

6

-

Sistem perbankan, yang merangkumi bank-bank perdagangan, bank-bank pelaburan, dan bank-bank Islam adalah pengumpul primer dana-dana dan sumber utama pembiayaan yang mendokong aktiviti-aktiviti ekonomi di Malaysia.  Institusi-institusi perbankan beroperasi menerusi rangkaian lebih daripada 2,000 cawangan merentasi negara.  Terdapat juga 14 pejabat perwakilan bank-bank asing di Malaysia yang tidak mengusahakan perniagaan perbankan tetapi menjalankan penyelidikan, perkhidmatan perhubungan dan pertukaran maklumat.  Enam kumpulan perbankan Malaysia berada di 19 negara menerusi cawangan-cawangan, pejabat-pejabat perwakilan, anak-anak syarikat, penyertaan ekuiti dan usahasama-usahasama.

Institusi-institusi kewangan bukan bank, iaitu institusi-institusi kewangan pembangunan, syarikat-syarikat insurans dan pengendali-pengendali takaful, melengkapkan institusi-institusi perbankan untuk mengumpul simpanan dan memenuhi keperluan ekonomi negara.  Syarikat-syarikat insurans dan insurans semula menjalankan perniagaan insurans nyawa dan umum dan pengendali-pengendali takaful dan takaful semula juga terlibat dalam perniagaan takaful umum dan keluarga.  Syarikat-syarikat insurans dan pengendali-pengendali takaful yang beroperasi melalui rangkaian lebih daripada 800 pejabat dan 100,000 ejen berdaftar di seluruh negara menyediakan saluran-saluran bagi pengurusan risiko dan penyelesaian perancangan kewangan bagi perniagaan dan individu.

1.2.1 Industri Perbankan Islam

Kewangan Islam di Malaysia terus menunjukkan pertumbuhan yang dinamik dengan sistem kewangan Islam komprehensif yang disokong oleh kerangka kerja tadbir urus pengawalan, perundangan dan Shariah yang tegap, penggiat-penggiat yang ramai serta bakat dan kepakaran yang diperlukan.

Sistem kewangan Islam merangkumi empat komponen utama, iaitu perbankan Islam, takaful dan takaful semula, pasaran wang antara bank Islam dan pasaran modal Islam.  Pengembangan kewangan Islam banyak didorong oleh 56 institusi semasa yang menawarkan perkhidmatan-pekhidmatan kewangan Islam.  Sehingga Disember 2011, aset-aset perbankan Islam Malaysia mencecah RM334.9 bilion dengan bahagian pasaran sebanyak 22.4% dan mencatatkan kadar pertumbuhan sebanyak 16.07% bagi tempoh 2002 hingga 2011. Bagi industri takaful, jumlah aset mencecah RM17 bilion dengan bahagian pasaran sebanyak 8.89% dan kadar pertumbuhan purata sebanyak 20.1%.  Pasaran modal Malaysia juga telah mencatatkan jumlah sukuk tak lunas sebanyak RM200 bilion sehingga September 2011, mengatasi bon kovensional tak lunas dengan 58% bahagian pasaran.

Sehingga ini, terdapat lebih daripada 100 produk dan perkhidmatan perbankan Islam yang ditawarkan dalam industri ini.  Produk-produk inovatif dan instrumen-instrumen kewangan yang selari dengan prinsip-prinsip Shariah global telah diterbitkan di pasaran dunia.  Sebagai misalan ialah sukuk pelbagai matawang, dengan terbitan-terbitan denominasi Dolar AS, Dolar Singapura dan Renmimbi yang telah berjaya menarik para pelabur antarabangsa. Malaysia telah berkembang menjadi sebuah pasaran sukuk pelbagai matawang, di mana semakin banyak terbitan-terbitan dilakukan di Malaysia, sekali gus meletakkan kedudukan Malaysia sebagai pasaran kedua terbesar dari segi sukuk denominasi Dolar AS di dunia, menyumbang 14.5% kepada bahagian pasaran.

1.2.2 Institusi Kewangan Pembangunan

Institusi-institusi Kewangan Pembangunan (Development Financial Institution atau DFI) di Malaysia adalah institusi-institusi kewangan khas yang ditubuhkan oleh Kerajaan dengan mandat khusus untuk membangun dan menggalakkan sektor-sektor utama yang dianggap penting secara strategik kepada matlamat-matlamat menyeluruh pembangunan sosio-ekonomi negara. Sektor-sektor strategik itu termasuk pertanian, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), infrastruktur, maritim dan sektor-sektor berorientasikan eksport, serta industri-industri berintensif modal dan teknologi tinggi.

Sebagai institusi-institusi khas, DFI menyediakan berbagai produk dan perkhidmatan kewangan khusus yang sesuai dengan keperluan spesifik sektor-sektor strategik yang disasarkan. Perkhidmatan-perkhidmatan sampingan dalam bentuk perkhidmatan-perkhidmatan rundingan dan nasihat juga disediakan oleh DFI bagi mengasuh dan membangunkan sektor-sektor yang dikenal pasti.  Dengan itu, DFI melengkapkan institusi-institusi perbankan dan bertindak sebagai saluran strategik bagi menyambungkan jurang bekalan produk dan perkhidmatan kewangan ke bidang-bidang strategik yang dikenal pasti untuk tujuan pembangunan ekonomi jangka panjang.

Pada 2002 Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 (DFIA) telah digubal bagi menggalakkan kesempurnaan kewangan dan operasi DFI melalui amalan-amalan lestari dan kerangka kerja pengawalan dan penyeliaan yang diperlukan, dan memastikan institusi-institusi ini melaksanakan peranan-peranan yang dimandatkan secara berhemat, cekap dan berkesan.  Dengan penggubalan DFIA, Bank Negara telah dilantik sebagai badan pengawal dan penyelia pusat bagi DFI.  Sebagai sebahagian daripada kerangka kerja pengawalan dan penyeliaan ini, Bank Negara memantau aktiviti-aktiviti dan prestasi kewangan DFI untuk memastikan mereka melaksanakan peranan-peranan yang dimandatkan dengan cara berhemat dan disokong oleh amalan-amalan tadbir urus korporat yang kukuh dan terbaik.

Pada Disember 2011, enam DFI telah dilantik sebagai institusi-institusi ditetapkan di bawah subseksyen 2 (1) DFIA; iaitu Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana atau SME Bank, yang menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan pembiayaan dan nasihat kepada enterpris saiz kecil dan sederhana yang terlibat dalam sektor-sektor perkilangan, perkhidmatan dan pembinaan; Bank Pembangunan Malaysia Berhad, yang menyediakan pembiayaan jangka sederhana dan panjang bagi projek-projek infrastruktur, maritim, industri-industri berintensif modal dan teknologi tinggi dalam sektor perkilangan dan sektor-sektor lain yang terpilih selaras dengan dasar pembangunan negara; Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, sebuah bank koperasi yang menggalakkan simpanan dan menyediakan perkhidmatan pembiayaan kepada ahli-ahli dan bukan ahli; Export-Import Bank of Malaysia Berhad atau EXIM Bank, yang menyediakan kemudahan-kemudahan kredit bagi membiayai dan menyokong eksport dan import barangan dan projek-projek di seberang laut serta menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan insurans kredit eksport dan kemudahan-kemudahan jaminan; Bank Simpanan Nasional memfokus kepada perbankan runcit dan pembiayaan perseorangan, terutamanya untuk penyimpan kecil, dan menyokong agenda pembiayaan inklusif dengan menyediakan pembiayaan mikro dan perkhidmatan-perkhidmatan ejen perbankan; dan Bank Pertanian Malaysia Berhad atau Agrobank, yang menerima deposit simpanan dan menyediakan perkhidmatan-pekhidmatan pembiayaan dan nasihat bagi menyokong pembangunan sektor dan komuniti pertanian.

1.3  Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia

Pada Ogos 2006, inisiatif Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (Malaysia International Islamic Financial Centre atau MIFC) telah dilancarkan untuk menempatkan Malaysia  sebagai hab antarabangsa bagi Kewangan Islam dan untuk mengukuhkan peranan negara sebagai epipusat intelek bagi kewangan Islam.

Inisiatif MIFC ini terdiri daripada satu rangkaian komuniti badan-badan pengawalan kewangan dan pasaran, kementerian-kementerian dan agensi-agensi Kerajaan, institusi-institusi kewangan, institusi-institusi pembangunan modal insan dan syarikat-syarikat perkhidmatan profesional yang menyertai bidang kewangan Islam.

Inisiatif MIFC ini disokong oleh amalan-amalan terbaik perundangan, pengawalan dan Shariah antarabangsa yang membolehkan penggiat-penggiat industri menjalankan perniagaan  kewangan Islam  di serata Malaysia, disamping menikmati insentif-insentif menarik di dalam persekitaran yang mesra.

Sebagai sebuah destinasi pelaburan kewangan, Malaysia menawarkan satu platform dan pintu masuk bagi peluang-peluang pelaburan mematuhi Shariah secara global menerusi inisiatif MIFC.  Malaysia menawarkan perhubungan ke setiap segmen industri mematuhi Shariah negara ini dengan usul-usul dan peluang-peluang menarik bagi institusi-institusi, bakat-bakat, pelabur-pelabur dan penerbit-penerbit.

Malaysia berada dalam kedudukan yang begitu baik untuk bertindak sebagai pintu masuk bagi memudahcara dan meningkatkan lagi pertalian hubungan dan penyepaduan pasaran antarabangsa dalam kewangan Islam antara rantau Asia dan bahagian dunia yang lain.  Dengan kedudukannya di tengah-tengah zon masa Asia, Malaysia merupakan satu platform pertemuan bagi mereka yang mempunyai dana-dana lebihan dan mereka yang mencari-cari untuk mengumpul dana-dana dari mana-mana pelusuk dunia.

Malaysia mempelawa pakar-pakar, penggiat-penggiat terkemuka, pelabur-pelabur dan penerbit-penerbit global dan mereka yang seumpamanya untuk bersama-sama membentuk masa hadapan kewangan Islam menerusi inisiatif Malaysia, mengumpil dan mengambil manfaat daripada pengalaman lebih 30 tahun Malaysia dalam kewangan Islam, dalam satu persekitaran kepimpinan inovasi dan pemikiran.

Inisiatif MIFC bertujuan meletakkan Malaysia sebagai hab kewangan Islam melalui lima bidang teras:

i. Pengasalan Sukuk

Sebuah platform bagi agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat multinasional dan bank-bank pembangunan berbagai hala dan institusi-institusi di seluruh dunia mengasalkan sukuk ke luar Malaysia .  Sukuk (jama’ bagi sakk) atau bon-bon Islam adalah komponen yang termasyur dalam Kewangan Islam di kalangan pengguna-pengguna Islam dan juga pengguna-pengguna bukan Islam.

Sukuk merujuk kepada sijil-sijil amanah atau sekuriti-sekuriti penyertaan yang memberi kepada para pelabur pemilikan sebahagian daripada aset termasuk aliran wang tunai dan risiko yang sepadan dengan pemilikan berkenaan.  Seperti juga bon-bon kewangan dalam industri kewangan konvensional, sukuk adalah surat bukti hak milik dan digunakan oleh institusi-institusi kewangan untuk mengumpul wang tunai.
ii. Pengurusan Dana dan Kekayaan Islam

Sebuah destinasi bagi pengurus-pengurus kewangan untuk menubuhkan operasi-operasi  pengurusan dana Islam di Malaysia dengan julat pasaran modal dan instrument-instrumen perbendaharaan bertaraf dunia yang luas.

Pengurusan dana dan kekayaan Islam adalah pengurusan profesional bagi sekuriti-sekuriti yang mematuhi Shariah dan aset-aset berdasarkan prinsip-prinsip Islam bagi mencapai matlamat-matlamat kewangan.  Ruang lingkup aktiviti melibatkan analisis kewangan, pemilihan aset-aset dan sekuriti-sekuriti, perancangan pelaburan dan pemantauan berterusan dana-dana pelaburan.  Individu dan institusi boleh menjadi pengurus-pengurus dana dan kekayaan Islam melalui penyediaan perkhidmatan berkaitan.

iii. Perbankan Islam Antarabangsa

Sebuah pusat bagi institusi-institusi kewangan menubuhkan operasi-operasi perbankan Islam di Malaysia bagi menjalankan perniagaan matawang asing.

iv. Takaful Antarabangsa

Sebuah pusat bagi institusi-institusi menubuhkan operasi-operasi takaful (insurans Islam) di Malaysia bagi menjalankan perniagaan matawang asing.

Takaful adalah satu konsep yang mana sekumpulan peserta saling jamin menjamin antara satu sama lain daripada kerugian atau kerosakan. Setiap peserta memenuhi tanggungjawabnya dengan membuat sumbangan (tabarru) tertentu ke dalam satu dana, yang diurus oleh pihak ketiga – pengendali takaful.

v. Pembangunan Modal Insan

Sebuah pusat kecemerlangan dan para cendiakawan bagi pendidikan, latihan, perundingan dan penyelidikan dalam bidang kewangan Islam untuk membekal bakat bagi industri kewangan Islam secara global.

Insentif-insentif utama yang diperkenalkan di bawah inisiatif MIFC termasuk;

i.

Pengeluaran lesen Perbankan Islam Antarabangsa (IIB) di bawah Akta Perbankan Islam 1983 kepada institusi-institusi kewangan asing dan Malaysia yang berkelayakan untuk menjalankan perniagaan perbankan Islam sepenuhnya dengan pemastautin dan bukan pemastautin dalam matawang antarabangsa sama ada sebagai sebuah anak syarikat atau sebuah cawangan.  Entiti ini akan diberikan pengecualian penuh cukai pendapatan untuk selama sepuluh tahun hingga tahun taksiran 2016 di bawah Akta Cukai Pendapatan, 1967.

ii.
Pengeluaran lesen Pengendali Takaful Antarabangsa (ITO) kepada institusi-institusi kewangan asing dan Malaysia yang berkelayakan untuk menjalankan perniagaan takaful sepenuhnya dengan pemastautin dan bukan pemastautin dalam matawang antarabangsa sama ada sebagai sebuah anak syarikat atau sebuah cawangan.  Entiti ini akan diberikan pengecualian cukai pendapatan sebagaimana yang diberikan kepada entiti IIB.
iii.
Syarikat-syarikat pengurusan dana Islam (IFMC) dibenarkan melabur semua dana Shariah mereka di seberang laut.  Entiti ini akan diberikan pengecualian cukai pendapatan ke atas semua bayaran bagi mengurus dana-dana Islam bagi pelabur-pelabur asing dan Malaysia sehingga tahun taksiran 2016 di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Penyediaan dana permulaan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi penubuhan IFMC asing.
iv.
Sehingga 100% pemilikan ekuiti asing dibenarkan untuk IIB, ITO dan IFMC.
v.
Potongan cukai ke atas perbelanjaan yang dilakukan bagi terbitan sekuriti-sekuriti Islam yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti hingga tahun taksiran 2015.
vi.
Pengecualian duti setem ke atas instrumen-instrumen yang digunakan untuk menerbit sukuk dalam mana-mana matawang hingga tahun taksiran 2015.
vii.
Pengecualian cukai dan pengecualian cukai tertahan ke atas faedah atau keuntungan yang diterima oleh para pelabur bukan pemastautin daripada pelaburan dalam sekuriti-sekuriti Islam yang diterbitkan dalam mana-mana matawang, selain stok pinjaman boleh ditukar, yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Perkhidmatan-perkhidmatan kewangan Islam juga terdapat di Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC).

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif MIFC, sila layari www.mifc.com.



^ Back to Top
pg