Date: Saturday 25-May-13


Print this page Print this page Decrease Font Size Increase Font Size

Sektor Perkilangan

Industri Produk Logam Asas

Industri Produk Logam Asas

Industri-industri logam asas di Malaysia, yang termasuk industri-industri besi & keluli dan industri-industri logam bukan ferus, telah mencapai kemajuan-kemajuan ketara sejak tiga dekad yang lalu sejajar dengan pembangunan perindustrian negara.

 

Besi & Keluli

Sektor industri-industri besi dan keluli Malaysia merangkumi produk-produk keluli utama seperti besi terturun panas, besi briket panas, blum/papak dan bilet keluli dan berbagai-bagai jenis produk hiliran leper dan panjang seperti gegelung tergelek panas, gegelung tergelek sejuk, gegelung keluli tersadur, kepingan atap, paip dan keratan keluli, bilet keluli, bar keluli, rod dawai, jaring dawai, dawai tertarik keras, dawai tergalvani, tali dawai keluli, produk-produk dawai keluli, paip/kelengkapan paip tahan karat dan dawai keluli tahan karat dan kancing.  Pada masa ini terdapat 230 syarikat yang mengeluarkan produk-produk berkenaan dengan keluaran tahunan sebanyak RM32.2 bilion dan jumlah gunatenaga seramai 61,683 pekerja.

 

Industri-industri besi & keluli menyediakan rangkaian penting bagi bekalan bahan-bahan mentah asas dan komponen-komponen kepada semua sektor ekonomi Malaysia, terutamanya industri pembinaan, industri elektrik/elektronik, industri automotif, industri perabot, industri jentera dan industri pembikinan kejuruteraan.

 

Logam Bukan Ferus

Sektor logam bukan ferus di Malaysia merangkumi produk-produk bijeh timah, aluminium, kuprum, zink, dan plumbum.  Bagaimanapun, pengiat-pengiat utama adalah syarikat-syarikat dalam sektor industri-industri aluminium yang mengeluarkan kepingan/kerajang aluminium, finstok aluminium, jongkong aluminium (kitar semula), rod aluminium dan profil tersemperit aluminium, dan syarikat-syarikat berkaitan kuprum yang mengeluarkan rod/dawai kuprum, strip kuprum, tiub-tiub/semperitan kuprum dan logam bijih timah.  Pada masa ini terdapat 180 syarikat dalam sektor logam bukan ferus dengan keluaran tahunan sebanyak RM7.3 bilion dan jumlah gunatenaga seramai 14,996 pekerja.

 

Industri-industri logam bukan ferus menyediakan rangkaian terutamanya dalam industri pembinaan, industri elektrik/elektronik, industri automotif, industri makanan dan pembungkusan.

 

TerasTeras Strategik Di bawah Pelan Induk Perindustrian Ketiga

 

Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3) 2006-2020 telah mengenal pasti enam teras strategik bagi membangunkan lagi industri besi & keluli:

 

(a) Meningkatkan daya persaingan industri besi dan keluli untuk menyokong  pertumbuhan sektor-sektor pekilangan dan pembinaan.

(b) Melestari dan mengembangkan eksport produk-produk besi & keluli bagi  pasaran-pasaran sedia ada dan baru.

(c)  Menggalakkan aplikasi-aplikasi baru keluli dalam industri-industri terpilih.

(d) Menggalakkan kerjasama di antara pengeluar-pengeluar dan pengguna-pengguna  keluli, dan pengilang-pengilang huluan dan hiliran.

(e)  Menarik pelaburan baru dalam bidang-bidang nic dalam industri besi dan keluli.

(f) Membangunkan tenaga kerja mahir dan berkelayakan untuk industri besi dan keluli.

 

Kembali Ke atas



^ Back to Top
pg