Date: Friday 25-Apr-14


Print this page Print this page Decrease Font Size Increase Font Size

Percukaian

Percukaian di Malaysia

1. Percukaian Di Malaysia

Pendapatan seseorang termasuk syarikat, yang diakru dalam atau diperoleh dari Malaysia atau diterima di Malaysia dari luar negara dikenakan cukai pendapatan.

Bagaimanapun, pendapatan yang diterima di Malaysia oleh seseorang, selain daripada syarikat pemastautin yang menjalankan perniagaan perbankan, insurans, pengangkutan udara dan laut bagi satu tahun taksiran yang diperoleh dari sumber-sumber di luar Malaysia dikecualikan daripada cukai.

Bagi memoden dan menyelaraskan sistem pentadbiran cukai, sistem taksiran sendiri telah dilaksanakan bagi syarikat, pemilikan tunggal, perkongsian, koperasi serta kumpulan dan penaksiran cukai pendapatan adalah berdasarkan tahun semasa.

 



^ Back to Top
pg