Date: Wednesday 23-Jul-14


Print this page Print this page Decrease Font Size Increase Font Size

Sokongan Infrastruktur

Pengangkutan Kargo

7. Pengangkutan Kargo

Pelbagai syarikat menyediakan perkhidmatan pengangkutan kargo kontena yang serba lengkap di Malaysia. Ini termasuk pengangkutan kontena, penghantaran barang-barang, pergudangan, perkhidmatan bunker, perkhidmatan berkaitan pengedaran, pemeriksaan pelabuhan dan kastam serta pembaikan, pemajakan dan penyelenggaraan kontena.

Penerima-penerima konsain dan pelanggan-pelanggan di Malaysia menikmati pengangkutan kargo yang cepat, cekap dan boleh dipercayai menerusi satu rangkaian cawangan dan pejabat tempatan. Kebanyakan syarikat juga menawarkan rangkaian ejen antarabangsa yang baik.

7.1 Pengangkutan Kontena

Kerajaan Malaysia mengawalselia perkhidmatan pengangkutan kontena dalam negara menerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Sebanyak 62 syarikat pengangkut menampung pelbagai keperluan kargo menerusi rangkaian treler dan penggerak prima yang pelbagai termasuk kenderaan diubahsuai. Sesetengahnya dilengkapkan dengan sistem pengesan moden untuk membolehkan perhubungan dengan kenderaan-kenderaan pengangkut semasa dalam perjalanan.

Sebilangan besar pengendali sederhana dan kecil menghantar kargo konvensional dengan trak ke destinasi-destinasi di negara ini. Sementara itu, sebuah perkhidmatan pengantara kereta api blok dikendalikan bagi destinasi-destinasi tertentu dan sebuah perkhidmatan penghantaran barang-barang memastikan penyampaian-penyampaian kontena kepada pelanggan-pelanggan di bandar lain.

Sistem pengangkutan berbilang cara (jalan dan kereta api) ini memastikan kargo sampai tepat pada masanya.

7.2 Penghantaran Barang-Barang

Beratus-ratus ejen penghantaran barang-barang yang berpusat di seluruh Malaysia menawarkan perkhidmatan penghantaran barang-barang ke seluruh negara, manakala kargo ke destinasi-destinasi antarabangsa boleh dihantarkan melalui pelbagai syarikat perkhidmatan penghantaran barang-barang antarabangsa.

Syarikat-syarikat penghantaran barang-barang juga memberi bantuan kepada pengilang-pengilang bagi permohonan mereka untuk mendapatkan permit, lesen dan pengecualian duti/cukai untuk pemeriksaan barang-barang-barang oleh pihak kastam.



^ Back to Top
pg