Date: Thursday 24-Jul-14


Print this page Print this page Decrease Font Size Increase Font Size

Prosedur Imigresen

4. Pengambilan Pekerja Asing

Di Malaysia, pekerja asing boleh diambil bekerja dalam sektor-sektor perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian, perkhidmatan dan sektor pembantu rumah.

Sektor perkhidmatan terdiri daripada sebelas subsektor: (restoran, perkhidmatan mencuci, pengendalian kargo, kedi di kelab golf, kedai gunting rambut, pemborong/runcit, tekstil, aktiviti logam/serpihan logam/kitar semula, rumah kebajikan dan hotel/pulau peranginan).

Hanya warga negara dari negara-negara tertentu seperti di bawah dibenarkan untuk bekerja dalam sektor-sektor terpilih:

 

Sektor Diluluskan Warga Negara
  • perkilangan
  • perladangan
  • pertanian
  • pembinaan
  • sektor perkhidmatan
  • Indonesia
  • Kemboja
  • Nepal
  • Myanmar
  • Laos
  • Vietnam
  • Filipina (lelaki sahaja)
  • Pakistan
  • Sri Lanka
  • Thailand
  • Turkmenistan
  • Uzbekistan
  • Kazakhstan
  • Perkhidmatan (tukang masak, pemborong/runcit, kedai emas, kedai gunting rambut, logam/serpihan logam/kitar semula, tekstil)
  • Pembinaan (memasang kabel bervoltan tinggi sahaja)
  • Pertanian
  • Perladangan
  • India

Kelulusan adalah berdasarkan baik buruknya setiap kes dan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan dari masa ke semasa.  Permohonan untuk mengambil pekerja asing akan hanya dipertimbangkan apabila usaha untuk mencari warga tempatan dan pemastautin tetap yang berkelayakan gagal.

Satu levi tahunan ke atas pekerja asing dikenakan seperti berikut:

Sektor Diluluskan

Levi Tahunan

Perkilangan

RM1,200

Pembinaan

RM1,200

Perladangan

RM 540

Pertanian

RM 360

Pembantu Rumah

RM 360

Perkhidmatan
- Rumah Kebajikan
- Pulau Peranginan
- Lain-lain

 


RM 600
RM 1,200
RM 1,800

Semua permohonan bagi pekerja-pekerja asing hendaklah dikemukakan kepada Pusat Sehenti, Kementerian Dalam Negeri kecuali permohonan bagi pembantu rumah yang mana hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Imigresen Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai pengambilan pekerja asing,  sila layari laman web Kementerian Dalam Negeri di www.moha.gov.my.



^ Back to Top
pg