Date: Thursday 24-Apr-14


Print this page Print this page Decrease Font Size Increase Font Size

Sektor Perkilangan

Industri Makanan

Industri Barang Makanan

 

Industri barang makanan Malaysia begitu pelbagai seperti juga budaya berbilang kaum negara ini, dengan makanan terproses berbagai-bagai jenis bercita rasa Asia.  Industri pemprosesan makanan sebahagian besarnya dimiliki rakyat Malaysia.  Adalah dianggarkan bahawa jualan runcit global bagi produk-produk makanan ketika ini berjumlah dalam lingkungan AS$3.5 trilion, dan dijangka berkembang pada kadar tahunan 4.8 peratus kepada AS$6.4 trilion menjelang 2020.

 

Malaysia kekal sebagai pengimport bersih barang makanan.  Pada 2010, Eksport barang makanan Malaysia berjumlah RM18.2 bilion, manakala import berjumlah RM30.3 bilion.  Malaysia mengeksport barang makanan ke lebih 200 negara dan produk-produk utama yang diekpsort adalah koko (RM3.8 bilion), produk-produk perikanan (RM2.6 bilion), majerin dan lelemak (RM1 bilion) dan makanan haiwan (RM1.1 bilion).  Import barang makanan utama pada 2010 adalah bijiran dan persediaan bijiran, sayur-sayuran dan buah-buahan, koko, makanan haiwan dan produk-produk tenusu.  Bahan-bahan mentah seperti bijiran dan produk-produk tenusu akan terus diimport untuk pemprosesan lanjut bagi penggunaan manusia serta pengeluaran makanan haiwan.

 

Di Malaysia, industri barang makanan dikuasai oleh syarikat-syarikat kecil dan sederhana.  Subsektor-subsektor utama adalah ikan dan produk-produk ikan, ternakan haiwan dan produk-produk ternakan haiwan, buah-buahan, sayur-sayuran dan koko.

 

Subsektor produk-produk perikanan termasuk produk-produk makanan laut seperti ikan beku dan dalam tin, krustasia dan moluska, surimi dan produk-produk surimi.  Subsektor ini terus menjadi menyumbang utama kepada eksport barang makanan terproses.

 

Dalam subsektor ternakan haiwan, Malaysia mempunyai bekalan sendiri yang cukup bagi ayam itik, khinzir dan telur, tetapi mengimport kira-kira 80% daripada keperluan daging.  Antara produk-produk tenusu yang dikeluarkan adalah susu tepung, susu pekat, susu cair terpasteur atau tersteril, ais krim, dadeh dan susu tapaian lain.

 

Pada masa ini, Malaysia adalah pengilang koko terbesar di Asia.  Sungguhpun Malaysia merupakan pengeluar koko kelima terbesar dunia, pengeluaran koko tempatan tidak dapat memenuhi permintaan yang begitu besar daripada industri mengisar dan memproses tempatan.  Kebanyakan biji koko diimport. Penanaman koko digalakkan supaya dapat meningkatkan pengeluaran koko negara.

 

Malaysia juga adalah salah sebuah pengeluar utama dunia bagi rempah-ratus.  Pada 2010, Malaysia ditempatkan sebagai pengeluar keenam terbesar bagi lada hitam dan produk-produk berkaitan lada hitam (terutama lada hitam khas, lada hitam terproses dan sos-sos lada hitam).

 

Pertanian adalah salah satu sektor yang dikenal pasti dalam Bidang-Bidang Ekonomi Penting Negara (NKEA).  Ia akan memfokus kepada subsektor-subsektor terpilih termasuk akuakultur, penanaman rumpai laut, pemeliharaan burung layang-layang, produk-produk herba, buah-buahan dan sayur-sayuran dan barang makanan terproses premium yang berpotensi cepat berkembang.  Terdapat permintaan semakin meningkat bagi produk-produk nilai tinggi ini yang membuka peluang-peluang kepada petani-petani menambah pendapatan mereka.  Selain itu, subsektor-subsektor padi dan ternakan haiwan juga terpilih memandangkan sifat strategik mereka bagi menjamin keselamatan barang makanan negara.

 

Kesedaran semakin meningkat di kalangan pengguna dalam nilai nutrisi dan penguatan barang makanan bagi penjagaan kesihatan telah menjana permintaan untuk makanan segar fungsian/sihat diproses minimum, makanan organik dan perisa makanan asli daripada tumbuh-tumbuhan dan makanan laut.  Makanan fungsian dan sihat yang dikeluarkan di Malaysia terutamanya adalah dalam bentuk produk-produk makanan yang diperkaya.  Bahan-bahan makanan seperti formulasi tersuai yang diperlukan pengilang-pengilang barang makanan, bahan tambahan dan perisa makanan yang asli berpotensi untuk berkembang lebih lanjut.

 

Industri halal di Malaysia membuka peluang-peluang yang amat besar bagi pengilang-pengilang Malaysia.  Telah dianggarkan bahawa nilai potensi industri makanan halal adalah antara AS$600 bilion dan AS$2.1 trilion.  Konsep halal ini dikaitkan dengan produk-produk makanan berkualiti tinggi dari segi kebersihan, sanitasi dan pematuhan kepada keperluan-keperluan agama.

 

Pengilang-pengilang barang makanan Malaysia boleh merenungkan usahasama dengan pengilang-pengilang barang makanan tertubuh terutamanya dari Australia dan New Zealand untuk membekal kepada pasaran-pasaran ASEAN, Timur Tengah, Eropah dan Amerika Syarikat yang mempunyai penduduk Islam yang agak besar.  Produk-produk makanan halal tempatan boleh mendapatkan laluan yang mudah ke pasaran-pasaran halal ini memandangkan sijil halal Malaysia diiktiraf seluruh dunia.

 



^ Back to Top
pg