Date: Thursday 24-Apr-14


Print this page Print this page Decrease Font Size Increase Font Size

Insentif Pelaburan

Insentif bagi Latihan

Bagi menggalakkan pembangunan sumber manusia, insentif berikut disediakan:

Elaun Cukai Pelaburan

Syarikat-syarikat yang mendirikan institut-institut latihan teknikal dan vokasional layak mendapat Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100% untuk tempoh sepuluh tahun.  Elaun ini boleh ditolak sebanyak 70% daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran. Sebarang jumlah elaun modal tidak digunakan boleh dibawa ke tahun-tahun berikutnya sehingga digunakan sepenuhnya.

Syarikat-syarikat sedia ada yang menyediakan latihan teknikal atau vokasional yang melakukan pelaburan baru untuk menaiktaraf peralatan latihan atau mengembangkan kapasiti latihan juga layak mendapat insentif ini. Insentif ini juga adalah untuk:

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam bidang sains; dan
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sedia ada dalam bidang sains yang melakukan pelaburan baru untuk menaiktaraf peralatan latihan atau mengembangkan kapasiti latihan mereka.

Kursus-kursus sains yang layak adalah seperti berikut:

i. Bioteknologi
Bioteknologi perubatan dan kesihatan
Bioteknologi tumbuhan
Bioteknologi makanan
Bioteknologi perindustrian dan persekitaran
Bioteknologi farmaseutikal
Bioteknologi bioinformatik
ii. Sains Perubatan dan Kesihatan
Sains perubatan dalam bidang gerontologi
Sains perubatan dalam bidang penyelidikan klinikal
Biosains perubatan
Genetik biokimia
Kesihatan persekitaran
Kesihatan masyarakat
iii. Biologi Molekular
Immunologi
Immunogenetik
Immunobiologi
iv. Sains dan teknologi bahan
v. Sains dan teknologi makanan

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

5.2 Insentif Tambahan bagi Latihan

(i) Potongan ke atas Kos Pengambilan Pekerja

Kos pengambilan pekerja dibenarkan potongan bagi tujuan pengiraan cukai.

Kos ini termasuk perbelanjaan menyertai ekspo kerjaya, bayaran kepada agensi pekerjaan dan bayaran kepada pencari eksekutif.

Tuntutan hendaklah dikemukakan kepada LHDN.

(ii) Potongan bagi Latihan Pra-pekerjaan

Perbelanjaan latihan yang dilakukan sebelum memulakan perniagaan layak mendapat potongan sekali.  Namun demikian, syarikat mestilah menunjukkan bukti yang ia akan mengambil bekerja pelatih-pelatih berkenaan.

Tuntutan hendaklah dikemukakan kepada LHDN.

(iii) Potongan bagi Latihan Bukan Pekerja Syarikat

Perbelanjaan yang dilakukan bagi menyediakan latihan amali kepada pemastautin yang bukan pekerja syarikat berkenaan boleh dipertimbangkan untuk potongan sekali.

Tuntutan hendaklah dikemukakan kepada LHDN.

(iv) Potongan bagi Sumbangan Wang Tunai

Sumbangan dalam bentuk wang tunai kepada institusi-institusi teknikal atau vokasional yang beroperasi bukan semata-mata untuk keuntungan dan yang ditubuhkan serta disenggarakan oleh badan berkanun layak mendapat potongan sekali.

Tuntutan hendaklah dikemukakan kepada LHDN.

(v) Elaun Bangunan Perindustrian Khas

Syarikat-syarikat yang melakukan perbelanjaan ke atas bangunan yang digunakan bagi latihan perindustrian, teknikal atau vokasional boleh menuntut Elaun Bangunan Perindustrian tahunan khas sebanyak 10% untuk 10 tahun ke atas perbelanjaan modal layak bagi pembinaan atau pembelian sebuah bangunan.

Tuntutan hendaklah dikemukakan kepada LHDN.

(vi) Pengecualian Cukai ke atas Peralatan Pendidikan

Institut-institut latihan, projek-projek latihan dalaman dan semua institusi pengajian tinggi layak mendapat pengecualian duti import, cukai jualan dan duti eksais ke atas semua peralatan pendidikan termasuk peralatan makmal untuk bengkel, studio dan makmal bahasa.

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

(vii) Pengecualian Cukai ke atas Bayaran Royalti

Bayaran royalti oleh institusi-institusi pendidikan kepada bukan pemastautin (pemilik francais) untuk program-program pendidikan berfrancais yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan layak mendapat pengecualian cukai.

Tuntutan hendaklah dikemukakan kepada LHDN.

(viii) Potongan Berganda bagi Latihan Diluluskan

Syarikat-syarikat perkilangan dan bukan perkilangan yang tidak menyumbang kepada Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) layak mendapat potongan berganda ke atas perbelanjaan yang dilakukan untuk latihan diluluskan.

Bagi sektor perkilangan, latihan boleh dijalankan secara dalaman atau di institusi-institusi latihan diluluskan.  Bagaimanapun, untuk sektor bukan perkilangan, latihan hendaklah diadakan hanya di institusi-institusi latihan diluluskan. Kelulusan adalah automatik apabila latihan diadakan di institusi-institusi latihan diluluskan.

Bagi perniagaan perhotelan dan operasi pelancongan, program-program latihan, secara dalaman atau di insitusi-institusi latihan diluluskan, untuk menaiktaraf tahap kemahiran dan keprofesionalan dalam industri pelancongan, hendaklah diluluskan oleh Kementerian Pelancongan.

Berkuatkuasa dari tahun taksiran 2009 hingga tahun taksiran 2012 potongan berganda turut diberikan kepada majikan ke atas perbelanjaan latihan kepada pekerjanya dalam bidang berikut:

Kursus lepasan ijazah dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), elektronik dan sains hayat;
Kursus lepasan asas dalam bidang kejururawatan dan penjagaan kesihatan bersekutu; dan
Kursus kejuruteraan penyenggaraan pesawat udara.

Tuntutan hendaklah dikemukakan kepada LHDN.

(x) Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (HRDF)

Untuk maklumat lanjut sila rujuk HRDF.

Baca lagi tentang Tenaga Manusia untuk Industri.

Tuntutan hendaklah dikemukakan kepada LHDN.

Nota: Rujuk insentif-insentif lain mengenai latihan.



^ Back to Top
pg