Date: Wednesday 16-Apr-14


Print this page Print this page Decrease Font Size Increase Font Size

Prosedur Imigresen

1. Keperluan untuk Masuk ke Malaysia

1.1 Pasport atau Dokumen Perjalanan

Semua orang yang masuk ke Malaysia mestilah mempunyai pasport negara yang sah atau Dokumen Perjalanan lain yang diiktiraf antarabangsa yang sah untuk perjalanan ke Malaysia.  Dokumen ini mestilah sah untuk sekurang-kurangnya enam bulan dari tarikh masuk ke Malaysia.

Mereka yang mempunyai pasport yang tidak diiktiraf Malaysia mestilah memohon satu Dokumen menggantikan Pasport serta visa yang dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia di seberang laut. Permohonan untuk visa boleh dilakukan di Pejabat Perwakilan Malaysia yang terdekat di negara masing-masing.

Di negara-negara yang mana Pejabat Perwakilan Malaysia belum ditubuhkan, permohonan boleh dilakukan di Pesuruhjaya Tinggi atau Kedutaan British.

1.2 Keperluan Visa

Visa adalah satu pengesahan dalam sebuah pasport atau dokumen perjalanan lain yang diiktiraf yang dimiliki oleh warga asing yang menunjukkan bahawa pemegangnya telah memohon kebenaran untuk masuk ke Malaysia dan kebenaran telah diberikan.

Warga negara asing yang memerlukan visa untuk masuk ke Malaysia mestilah memohon visa terlebih dahulu di mana-mana Pejabat Perwakilan Malaysia di seberang laut sebelum masuk ke negara ini.

Keperluan visa mengikut negara adalah seperti berikut:

Negara-negara memerlukan visa

  • Afghanistan (*)
  • Angola
  • Bhutan
  • Burkino Faso
  • Burundi
  • China
  • Colombia
  • Comoros
  • Cote D’Ivoire
  • Djibouti
  • Equatorial Guinea
  • Eritrea
  • Ethiopia
  • Guinea-Bissau
  • Hong Kong (Sijil Pengenalan atau Dokumen Pengenalan)
  • India
  • Liberia
  • Mali
  • Myanmar (pasport biasa)
  • Nepal
  • Niger
  • Rwanda
  • Republik Afrika Tengah
  • Republik Congo
  • Republik Demokratik Congo
  • Republik Serbia & Republik Montenegro
  • Sahara Barat
  • Taiwan
  • United Nations (Laissez Passer)

Negara-negara Komanwel yang memerlukan visa

  • Bangladesh
  • Cameroon
  • Ghana
  • Mozambique
  • Nigeria
  • Pakistan
  • Sri Lanka

Negara-negara yang memerlukan visa untuk tinggal melebihi 3 bulan

  • Albania
  • Algeria
  • Arab Saudi
  • Argentina
  • Australia
  • Austria (Vienna)
  • Bahrain
  • Belanda
  • Belgium
  • Bosnia-Herzegovina
  • Brazil
  • Croatia
  • Cuba
  • Denmark
  • Emiriyah Arab Bersatu
  • Finland
  • Hungary
  • Iceland
  • Ireland
  • Itali
  • Jepun
  • Jerman
  • Jordan
  • Kirgystan
  • Korea Selatan
  • Kuwait
  • Lebanon
  • Liechtenstein
  • Luxembourg
  • Maghribi
  • Mesir
  • Norway
  • Oman
  • Perancis
  • Peru
  • Poland
  • Qatar
  • Romania
  • Republik Czech
  • Republik Kyrgyz
  • Sepanyol
  • St. Marino
  • Slovakia
  • Sweden
  • Switzerland
  • Tunisia
  • Turki
  • Turkmenistan
  • United Kongdom
  • Uruguay
  • Yemen

Negara-negara yang memerlukan visa untuk tinggal melebihi 1 bulan

  • Armenia
  • Azerbaijan
  • Barbados
  • Belarus
  • Benin
  • Bolivia
  • Bulgaria
  • Cape Verde
  • Chad
  • Chile
  • Costa Rica
  • Equador
  • El Salvador
  • Estonia
  • Gabon
  • Georgia
  • Greek
  • Guatemala
  • Haiti
  • Honduras
  • Hong Kong SAR
  • Kazakhstan
  • Kemboja
  • Korea Utara
  • Latvia
  • Lithuania
  • Macao SAR
  • Macedonia
  • Madagascar
  • Maldova
  • Mauritania
  • Mexico
  • Monaco
  • Mongolia
  • Nicaragua
  • Panama
  • Paraguay
  • Portugal
  • Republik Guinea
  • Russia
  • Sao Tome and Principe
  • Senegal
  • Sudan
  • Surinam
  • Tajikistan
  • Togo
  • Ukraine
  • Upper Volta
  • Uzbekistan
  • Vatican City
  • Venezuela
  • Yemen Utara
  • Zaire

Negara-negara yang memerlukan visa untuk tinggal melebihi 14 hari

  • Iran
  • Iraq
  • Libya
  • Macao (Permit Perjalanan/Sijil Pengenalan Portugal)
  • Palestine
  • Sierra Leone
  • Somalia
  • Syria
  • Yemen Selatan

Bagi warga negara Amerika Syarikat, visa tidak diperlukan untuk tujuan lawatan sosial, perniagaan atau akademik (kecuali untuk pekerjaan).

Bagi warga negara Israel, visa diperlukan dan kelulusan terlebih dahulu mestilah diperoleh daripada Kementerian Dalam Negeri Malaysia.  Bagaimanapun, bagi warga negara Republik Serbia dan Republik Montenegro, visa tanpa kelulusan diperlukan.

Bagi warga negara dari negara-negara ASEAN (kecuali Myanmar), visa tidak diperlukan untuk tinggal kurang daripada sebulan.  Untuk tinggal melebihi sebulan, visa diperlukan (kecuali warga negara Brunei dan Singapura).

Warga negara dari negara-negara lain selain daripada negara-negara yang tersebut di atas (kecuali Israel), dibenarkan masuk ke Malaysia tanpa visa untuk lawatan sosial tidak melebihi sebulan.

Nota:
* Visa dengan rujukan iaitu visa yang diluluskan oleh Jabatan Imigresen, Malaysia diperlukan

1.3 Keperluan Pas

Selain daripada permohonan untuk masuk bagi tujuan lawatan sosial atau perniagaan, permohonan untuk mendapatkan pas-pas lawatan mestilah dilakukan sebelum ketibaan di negara ini.

Pas adalah satu pengesahan dalam pasport yang mengandungi kebenaran untuk tinggal bagi satu tempoh yang diluluskan.  Warga asing yang melawat Malaysia mestilah mendapatkan pas di pintu masuk selain visa (yang mana berkenaan) yang membenarkan beliau tinggal sementara di Malaysia.

Semua permohonan berkenaan mestilah mempunyai penaja di Malaysia yang mana penaja itu bersetuju untuk bertanggungjawab menyara dan menghantar balik pelawat dari Malaysia sekiranya perlu.

Pas-pas yang diberikan kepada pelawat-pelawat asing semasa ketibaan adalah seperti berikut:

(i) Pas Lawatan (Sosial) Jangka Pendek

Pas lawatan dikeluarkan kepada warga negara asing untuk tujuan lawatan sosial atau/dan perniagaan seperti :

Pemilik dan wakil syarikat yang masuk ke Malaysia untuk menghadiri mesyuarat, persidangan atau seminar, memeriksa akaun syarikat atau untuk memastikan perjalanan lancar syarikat
Pelabur atau ahli perniagaan yang masuk untuk meneroka peluang-peluang pelaburan atau untuk mendirikan kilang
Wakil asing syarikat yang masuk untuk memperkenalkan barangan untuk perkilangannya di Malaysia, tetapi tidak terbabit dalam jualan langsung atau pengedaran
Pemilik harta yang masuk untuk merunding, menjual dan menyewakan hartanah
Wartawan atau pemberita asing daripada agensi media massa yang masuk untuk membuat liputan mana-mana acara di Malaysia
Peserta dalam acara sukan
Pelajar yang menduduki peperiksaan di universiti tempatan atau yang menganggotai rombongan muhibah
Pelawat yang masuk untuk aktiviti-aktiviti selain daripada yang tersebut atas seperti diluluskan oleh Ketua Pengarah Imigresen

Pas-pas ini tidak boleh digunakan untuk pekerjaan atau untuk menyelia pemasangan jentera baru atau pembinaan kilang.

(ii) Pas Lawatan (Sosial) Jangka Panjang

Pas lawatan sosial jangka panjang boleh dikeluarkan kepada warga negara asing untuk tinggal sementara di Malaysia bagi tempoh tidak kurang daripada enam bulan.  Lanjutan boleh diberikan berdasarkan kelayakan pelawat dan setelah memenuhi syarat-syarat tertentu.

Pasangan asing kepada warga negara Malaysia, yang memegang pas lawatan sosial jangka panjang dibenarkan melibatkan diri dalam apa jua pekerjaan bergaji atau dalam apa jua perniagaan atau pekerjaan profesional tanpa perlu menukar status Pas Lawatan Sosial beliau kepada Pas Penggajian atau Pas Lawatan (Kerja Sementara).

(iii) Pas Lawatan (Kerja Sementara)

Pas ini dikeluarkan kepada warga negara asing yang masuk ke negara ini untuk bekerja kurang daripada 24 bulan.

(iv) Pas Penggajian

Pas ini dikeluarkan kepada warga negara asing yang masuk ke negara ini untuk bekerja selama satu tempoh minimum dua tahun.  Pas Penggajian dikeluarkan setelah pemohon mendapat kelulusan bagi jawatan pegawai dagang daripada agensi-agensi berkuasa yang berkenaan.

(v) Pas Lawatan (Ikhtisas)

Pas ini dikeluarkan kepada warga negara asing untuk tujuan penglibatan secara kontrak jangka pendek dengan mana-mana agensi.

Kategori warga negara asing yang layak adalah:

Profesional/Sukarela

• penyelidik diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
• ahli pertubuhan antarabangsa
• pensyarah/penceramah jemputan
• pakar dalam pemasangan atau penyenggaraan mesin
• mereka yang menyediakan latihan teknikal, dan lain-lain

Artis

• mereka yang masuk untuk penggambaran filem
• mereka yang masuk untuk mempromosi album atau produk baru, dan lain-lain

Mubaligh (Islam atau agama-agama lain)

• mereka yang masuk untuk tujuan keagamaan

Tempoh sah laku pas ini berbagai tetapi tidak melebihi dua belas bulan pada satu-satu masa.

Permohonan hendaklah dilakukan oleh agensi yang berkenaan.

(vi) Pas Tanggungan

Kemudahan ini diberikan kepada keluarga pegawai-pegawai dagang. Pas Tanggungan ini dikeluarkan kepada pasangan dan anak-anak pemegang Pas Penggajian.  Ia boleh dipohon bersama-sama dengan permohonan untuk pas penggajian atau selepas pas penggajian diluluskan.

vii) Pas Pelajar

Pas ini dikeluarkan kepada warga negara asing yang berhasrat untuk menuntut di Malaysia di mana-mana institusi pendidikan yang kursus-kursus mereka telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan pengambilan pelajar asing telah mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri, Malaysia.



^ Back to Top
pg