Date: Friday 25-Apr-14


Print this page Print this page Decrease Font Size Increase Font Size

Sokongan Infrastruktur

Kemudahan Kargo Udara

5. KEMUDAHAN KARGO UDARA

Kedudukan Malaysia di tengah-tengah persimpangan Asia Tenggara menjadikannya sebagai sebuah lokasi yang sangat menarik bagi pusat pindah kapal. Kemudahan-kemudahan kargo udara pula adalah yang termaju, terutamanya di enam lapangan terbang antarabangsa Malaysia.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang canggih di Sepang, mempunyai kapasiti semasa seramai 40 juta penumpang dan lebih 1.2 juta tan metrik kargo setahun.

Bagaimanapun, kawasan seluas 10 hektar di KLIA dirancang untuk menampung sehingga 60 juta penumpang dan tiga juta tan metrik kargo setahun menjelang tahun 2020, dan sehingga 100 juta penumpang dan di antara lima hingga enam tan metrik kargo setahun di masa hadapan.

Lapangan-lapangan terbang antarabangsa yang lain adalah Lapangan Terbang Pulau Pinang, Lapangan Terbang Langkawi dan Lapangan Terbang Senai di Semenanjung Malaysia, Lapangan Terbang Kota Kinabalu di Sabah, dan Lapangan Terbang Kuching di Sarawak.

MASkargo adalah bahagian kargo utama syarikat induknya Malaysia Airlines (MAS) yang menggendalikan perkhidmatan-perkhidmatan kargo udara sewa dan terjadual, perkhidmatan-perkhidmatan penggendalian darat serta logistik kargo dari lapangan terbang ke pelabuhan melalui pengangkutan darat.

Selain itu, MASkargo juga menawarkan kapasiti ruang perut kapal dalam pesawat-pesawat syarikat pemegangannya MAS dan anak-anak syarikatnya yang lain melalui 100 destinasi antarabangsa syarikat udara negara ini merentasi enam benua.

Pada masa ini, syarikat ini menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan penghantaran barang-barang terjadual dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kuching (Malaysia) ke Sydney, Shanghai, Taipei, Bangkok, Hong Kong, Manila, Jakarta, Surabaya, Tokyo, Osaka, Frankfurt, Amsterdam dan Sharjah. Ketika ini, MASkargo menggendalikan barisan pesawat penghantaran barang-barangnya sendiri, dua Boeing B747-400F dan dua Airbus A330-200F.

Baru-baru ini, syarikat berkenaan telah diberi perakuan di bawah Program Penghantaran Barang-Barang Selamat IATA (IATA Secure Freight Programme), bertujuan mengwujudkan rantaian bekalan yang selamat, yang mengkukuhkan keselamatan kargo. Syarikat juga memiliki produk yang digelar I-Port, lapangan terbang pertama dunia di dalam perkhidmatan pindah kapal pelabuhan.  Perkhidmatan ini membolehkan penggendalian cepat pengangkutan kargo udara dan laut melalui KLIA dari Pelabuhan Klang.  Selain itu, MASkargo juga menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan dengan trak dari satu lapangan terbang ke satu lapangan terbang lain di negara ini.

Perkhidmatan kargo udara di Malaysia dilengkapkan oleh Transmile Air yang menyediakan perkhidmatan untuk enam destinasi domestik di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia dan 2 destinasi terjadual antarabangsa, iaitu Hong Kong dan Singapura.  Penerbangan-penerbangan domestik ke Labuan dan Bintulu di Malaysia Timur menampung terutamanya keperluan industri minyak dan gas yang memerlukan kemudahan-kemudahan mengangkut khusus. Selain daripada perkhidmatan-perkhidmatan terjadual, Transmile Air juga menawarkan perkhidmatan sewa pesawat udara ke rantau ASEAN dan Asia Pasifik dan berkeupayaan  untuk terbang ke India, Timur Tengah dan China.

Untuk maklumat lanjut mengenai MASkargo, sila layari laman sesawang syarikat itu di www.maskargo.com.

^ Back to Top
pg