Date: Thursday 24-Apr-14


Print this page Print this page Decrease Font Size Increase Font Size

Memulakan Perniagaan

Garis Panduan Dasar Ekuiti

3.1 Dasar Ekuiti bagi Sektor Perkilangan

Malaysia sentiasa mengalu-alukan pelaburan dalam sektor perkilangan. Dengan hasrat untuk meningkatkan penyertaan tempatan dalam aktiviti berkenaan, kerajaan menggalakkan usaha sama  antara pelabur Malaysia dan asing.

Dasar Ekuiti untuk Projek Baru, Pembesaran atau Pempelbagaian

Sejak Jun 2003,  para pelabur asing boleh memegang 100% ekuiti bagi semua pelaburan dalam projek baru serta pelaburan dalam projek pembesaran/pempelbagaian yang dilakukan oleh syarikat sedia ada, tidak kira paras eksport dan tanpa mengecualikan mana-mana produk/aktiviti.

Dasar ekuiti  ini juga diguna pakai untuk:

Syarikat-syarikat yang dahulunya dikecualikan daripada mendapatkan lesen pengilang tetapi dana pemegang saham mereka kini telah mencecah RM2.5 juta atau kini menggaji 75 atau lebih pekerja sepenuh masa dan dengan demikian perlu dilesenkan.
Syarikat-syarikat berlesen sedia ada yang dahulunya dikecualikan daripada mematuhi syarat-syarat ekuiti, tetapi kini perlu mematuhinya kerana dana pemegang saham mereka mencecah RM2.5 juta.

Dasar Ekuiti untuk Syarikat Sedia Ada

Syarat-syarat ekuiti dan eksport yang dikenakan ke atas syarikat-syarikat sebelum 17 Jun 2003  dikekalkan.

Bagaimanapun, syarikat-syarikat itu boleh memohon supaya syarat-syarat ini dimansuhkan dan kelulusan akan diberi berdasarkan baik buruknya setiap kes.

3.2 Perlindungan bagi Pelaburan Asing

Komitmen Malaysia untuk mewujudkan persekitaran pelaburan selamat telah berjaya meyakinkan lebih 8,000 syarikat antarabangsa dari lebih 40 negara menjadikan Malaysia pangkalan luar pesisir mereka.

Pemilikan Ekuiti

Sebuah syarikat yang mana penyertaan ekuitinya telah diluluskan tidak perlu mengstruktur semula ekuitinya pada bila-bila masa selama mana syarikat itu terus mematuhi syarat-syarat asal kelulusan dan mengekalkan ciri-ciri asal projek.

Perjanjian Jaminan Pelaburan

Kesediaan Malaysia untuk memeterai Perjanjian Jaminan Pelaburan (IGA) membuktikan hasrat kerajaan untuk menambahkan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia.

IGA akan:

Memberi perlindungan daripada pemiliknegaraan atau ekspropriasi
Memastikan pampasan yang segara dan cukup sekiranya  berlaku pemiliknegaraan atau ekspropriasi
Membolehkan pemindahan bebas keuntungan, modal dan bayaran-bayaran lain
Memastikan penyelesaian pertikaian pelaburan di bawah Konvensyen Penyelesaian Pertikaian Pelaburan yang mana Malaysia menjadi anggota sejak 1966.

Malaysia telah memeterai Perjanjian Jaminan Pelaburan dengan kumpulan dan negara berikut (mengikut abjad):

Kumpulan

* Kesatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)

* Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC)

Negara

Albania

Guinea

Pakistan
Algeria

Hungary

Papua New Guinea

Amerika Syarikat

India

Perancis

Arab Saudi

Indonesia

Peru

Argentina

Iran

Poland

Austria

Itali

Republik Arab Syria

Bahrain

Jerman

Romania

Bangladesh

Jordan

Senegal

Belanda

Kanada

Sepanyol

Belgo-Luzembourg

Kazakstan

Slovak,Republik

Bosnia Herzegovina

Kemboja

Sri Lanka

Botswana

Korea, Utara

Sudan, Republik

Burkina Faso

Korea, Selatan

Sweden

Chile, Republik

Kuwait

Switzerland

China, Republik Rakyat

Kyrgyz, Republik

Taiwan

Croatia

Laos

Turki

Cuba

Lebanon

Turkmenistan

Czech, Republik

Macedonia

United Kingdom

Denmark

Maghribi

Uruguay

Djibouti, Republik

Malawi Uzbekistan

Emiriyah Arab Bersatu

Mesir

Vietnam

Ethiopia, Republik

Mongolia

Yemen

Finland

Namibia

Zimbabwe

Ghana

Norway

 

Konvensyen Penyelesaian Pertikaian Pelaburan

Dengan hasrat untuk menggalakkan dan melindung pelaburan asing, kerajaan Malaysia memeterai peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Konvensyen Penyelesaian Pertikaian Pelaburan pada 1966. Konvensyen ini, yang ditubuhkan di bawah naungan Bank Antarabangsa bagi Pembinaan Semula dan Pembangunan (IBRD), menyediakan jalan pendamaian atau timbangtara antarabangsa menerusi Pusat Antarabangsa bagi Penyelesaian Pertikaian Pelaburan yang bertempat di pejabat utama IBRD di Washington.

Pusat Timbangtara Serantau Kuala Lumpur

Pusat Timbangtara Serantau Kuala Lumpur telah ditubuhkan pada 1978 di bawah naungan Pertubuhan Perundingan Perundangan Asia-Afrika (AALCO) – sebuah pertubuhan antara kerajaan yang bekerjasama dan dibantu oleh kerajaan Malaysia.

Sebuah pertubuhan bukan membuat keuntungan, Pusat ini memberi khidmat kepada rantau Asia Pasifik.  Ia bermatlamat untuk mengadakan satu sistem bagi menyelesaikan pertikaian yang memberi manfaat kepada kedua belah pihak yang terbabit dalam perdagangan, perniagaan dan pelaburan dengan dan dalam rantau ini.

Sebarang pertikaian, kontroversi atau tuntutan yang berbangkit daripada atau berhubung dengan sesuatu kontrak, atau pelanggaran, penamatan atau ketidaksahan diputuskan secara timbangtara mengikut Undang-Undang Timbangtara yang diguna pakai oleh Pusat Timbangtara Serantau Kuala Lumpur.

 



^ Back to Top
pg