Date: Wednesday 16-Apr-14


Print this page Print this page Decrease Font Size Increase Font Size

Sektor Perkilangan

Industri Elektrik dan Elektronik

Industri Elektrik dan Elektronik

Industri elektrik & elektronik (E&E) adalah sektor utama dalam sektor perkilangan Malaysia, menyumbang sejumlah besar kepada keluaran perkilangan negara (31 peratus), eksport (48.7 peratus) dan gunatenaga (33.7 peratus).

 

Pada 2010, keluaran kasar industri ini adalah sebanyak RM166.2 bilion (AS$55.8 bilion), eksport sebanyak RM249.8 bilion (AS$83.8 bilion) dan menjana peluang-peluang pekerjaan bagi 336,408 orang.  Destinasi-destinasi utama eksport adalah Amerika Syarikat, China dan Singapura manakala destinasi-destinasi utama import adalah Taiwan, Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

 

Sepanjang beberapa tahun yang lalu, industri E&E telah berjaya membangunkan keupayaan-keupayaan dan kemahiran-kemahiran ketara untuk mengilang berbagai-bagai jenis peranti semikonduktor termasuk sel dan modul fotovolta, barang-barang eletronik pengguna atasan, dan produk-produk teknologi maklumat (ICT).

 

Pengilang-pengilang E&E di negara ini terus meningkat maju dalam rantaian nilai untuk mengeluarkan produk-produk nilai tambah lebih tinggi.  Ini termasuk kesungguhan untuk menjalankan usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan dan menyumber luar aktiviti-aktiviti bukan teras kepada sumber-sumber tempatan.

 

Industri E&E di Malaysia boleh dikategorikan kepada empat subsektor:

 

a)   Barang- Barang Elektronik Pengguna

Subsektor ini termasuk pengilangan penerima televisyen LED, produk-produk dengar pandang seperti pemain/rekoder cakera blu-ray, sistem panggung rumah digital, cakera mini, konsol permainan elektronik dan kamera digital.

 

Sektor ini diwakili oleh banyak syarikat-syarikat terkemuka Jepun dan Korea yang telah menyumbang dengan ketara kepada pertumbuhan rancak sektor ini.

 

Syarikat-syarikat utama kini menjalankan aktiviti-aktiviti R&D di negara  ini bagi menyokong pasaran-pasaran global dan Asia mereka.  Eksport produk-produk elektronik pengguna pada 2010 berjumlah RM25.8 bilion (AS$8.7 bilion).

 

b)  Komponen Elektronik

Produk-produk/aktiviti-aktiviti yang tergolong dalam subsektor ini termasuk peranti semikonduktor, komponen pasif, litar bercetak dan komponen lain seperti media, substrat, dan penyambung.  Komponen-komponen elektronik adalah subsektor terpenting dan menyumbang sebanyak 44.6 peratus kepada jumlah pelaburan diluluskan dalam sektor ini pada 2010.

 

Subsektor ini kebanyakannya dikuasai oleh pengiat-pengiat semikonduktor terutamanya syarikat-syarikat multinasional, yang sebahagian besarnya menjalankan aktiviti-aktiviti pemasangan dan ujian. Bagaimanapun, pembangunan kluster semikonduktor  menunjukkan peningkatan beransur-ansur sepanjang beberapa tahun lalu.  Lebih banyak syarikat mengembangkan aktiviti-aktiviti penyelidikan, rekacipta dan pembangunan dalam operasi-operasi mereka dan mengurangkan tumpuan terhadap pengilangan produk-produk bawahan.  Permintaan yang bertambah bagi peranti-peranti yang lebih kecil dan berprestasi tinggi bagi aplikasi-aplikasi mudah alih, automotif dan hijau, telah meransangkan lagi perkembangan aktiviti penyumberan luar dalam industri semikonduktor.

 

Produk-produk semikonduktor menghasilkan nilai eksport sebanyak RM97,856.5 juta (AS$32,837.75 juta). Ia menyumbang 92.7 peratus kepada jumlah eksport komponen-komponen elektronik atau 43.6 peratus kepada jumlah eksport barang-barang elektronik pada 2010.

 

c)   Barang-Barang Elektronik Industri

Subsektor ini terdiri daripada produk-produk teknologi maklumat seperti komputer, persisian komputer, produk telekomunikasi dan kelengkapan pejabat.  Subsektor barang-barang elektronik industri ini mewakili 24 peratus daripada jumlah pelaburan diluluskan dalam sektor elektronik pada 2010.

 

Pada 2010, kebanyakan daripada pelaburan diluluskan yang berjumlah RM2.6 bilion adalah daripada syarikat-syarikat Perkhidmatan Pengilangan Elektronik (EMS) yang mengeluarkan produk-produk campuran tinggi bilangan kecil bagi berbagai aplikasi seperti perubatan, aeroangkasa, minyak dan gas dan telekomunikasi.

 

d)   Barang-Barang Elektrik

Produk-produk elektrik utama yang dikeluarkan di negara ini adalah peralatan-peralatan isi rumah seperti penghawa dingin, peti sejuk, mesin pembasuh, pembersih hampagas dan peralatan-peralatan elektrik lain.

 

Pada masa ini terdapat lebih 381 syarikat yang mengeluarkan berbagai-bagai jenis produk seperti peralatan-peralatan elektrik isi rumah, wayar dan kabel dan kelengkapan industri elektrik. Kebanyakannya adalah syarikat-syarikat tempatan seperti Pensonic, Leader Cable dan Tenaga Switchgear.

 

Aktiviti-aktiviti pengilangan dalam industri elektrik ini telah berkembang daripada

hanya pemasangan kepada rekacipta dan pemasaran jenama-jenama tempatan untuk pasaran-pasaran serantau dan global.  Pelaburan modal dalam subsektor ini berjumlah RM13.2 bilion (AS$4.4 bilion) bagi tahun 2010

 

Nota: kadar pertukaran

1 AS$ = 2.98 RM @5 Mei 2011

 

Kembali Ke atas



^ Back to Top
pg